SMK Bandar Penawar 81930 Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor. No. Tel & Fax : 078222210 Email : jea3049@moe.edu.my
Monday, 30 December 2013
Pendaftaran Murid Tingkatan 1 - 5 Tahun 2014
Tarikh : 31 Disember 2014
Hari : Selasa
Tempat : Kantin dan kelas masing-masing
Hari : Selasa
Tempat : Kantin dan kelas masing-masing
Tuan Pengetua menyampaikan ucapan sebelum pendaftaran murid tingkatan 1. |
Pendaftaran murid tingkatan 1 di kelas. |
Pendaftaran murid tingkatan 1 di kantin. |

Suasana pendaftaran murid tingkatan 1 di kantin. |
Jualan di koperasi sekolah. |
Jualan baju kokurikulum. |
Pendaftaran pelajar tingkatan 5 di kelas. |
Pendaftaran pelajar tingkatan 5 di kelas |

Thursday, 26 December 2013
Makluman Pendaftaran Pelajar 2014 dan Pendaftaran Asrama 2014
PENDAFTARAN TINGKATAN 1 2014
Tarikh : 31 Disember 2014 (Selasa)Tempat : Kantin SMK Bandar Penawar
Masa : 7.45 pagi - 11.00 pagi
PENDAFTARAN DAN PENYERAHAN SLIP TINGKATAN 2, 3 DAN 5 2014
Tarikh : 31 Disember 2014(Selasa)Tempat : Kelas masing-masing
Masa : 7.45 pagi - 11.00 pagi
PENDAFTARAN ASRAMA 2014
Tarikh : 31 Disember 2014 (Selasa)Tempat : Dewan makan asrama
Masa : 10.30 pagi - 1.00 petang
Sunday, 22 December 2013
Makluman Tarikh Pengurusan Persediaan Awal Tahun 2014
Adalah dimaklumkan tarikh perkara berkaitan adalah seperti di bawah:
23 Disember 2013
- Mesyuarat Guru Kali Pertama 2014 & Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama 2014
24 Disember 2013
- Mesyuarat HEM Kali Pertama 2014, Kelab Guru Kali Pertama2014 & Mesyuarat Kokurikulum Kali Pertama 2014
26,27,30& 31 Disember 2013
- Mesyuarat Panitia & Jualan buku pada 26 dan 27 Disember 2013

Tahniah Calon PMR 2013
Tahniah kepada semua calon PMR 2013 yang telah memperoleh kejayaan di dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Tahniah dan jutaan terima kasih di atas segala jasa bakti guru-guru yang tidak pernah mengenal penat lelah dalam mendidik calon PMR 2013.
Tuesday, 5 November 2013
Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2013
Buat semua anak didik SMK Bandar Penawar,
Selamat menduduki peperiksaan SPM, doa kami warga SMK Bandar Penawar sentiasa mengiringi anda. Semoga kalian memperoleh keptusan yang cemerlang dan membanggakan kami semua.
Tips Menghadapi Peperiksaan.
Datanglah dengan bersedia dan lebih awal
- Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.
- Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.
Bersantailah tapi berhati-hati
- Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.
- Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar.. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.
- Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi.
- Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.
Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis
- Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.
- Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.
|
Monday, 21 October 2013
Ujian Kompetensi ICT Kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia
Mohon kepada semua guru-guru SMK Bandar Penawar untuk membuat ujian kompetensi ICT yang boleh diakses di url di bawah:
https://ict-kpm.azurewebsites.net
Tarikh tutup menjalankan ujian tersebut adalah pada 23 Oktober 2013. Sebarang kesulitan berkaitan ujian tersebut boleh berhubung dengan Penyelaras ICT sekolah, Pn Siti Julia bt Mohd Shahrol.

Thursday, 17 October 2013
Runding Cara SPM 2013
Tarikh : 11 Oktober 2013 (Jumaat)
Program Runding Cara SPM 2013 telah diadakan bagi membincangkan dan membentangkan pencapaian calon-calon SPM di dalam Peperiksaan Percubaan SPM 2013.

Tn Pengetua memberikan mengalu-alukan kedatangan ibubapa penjaga dan memberi taklimat berkaitan pencapaian sekolah. |
Ibubapa dan penjaga yang hadir sewaktu program Runding Cara. |
Pendaftaran ibubapa dan penjaga |
Ibubapa menulis kehadiran dan menerima borang sarana ibubapa. |
Guru kelas, Pn Khairunnisak bertemu ibubapa pelajar kelas 5 Sains 2 untuk membincangkan pencapaian pelajar kelas tersebut. |
Guru kelas 5 Sains 1, Pn Nor Zaiha bertemu dengan ibubapa pelajar. |
En. Noor Azmil berbincang dengan ibubapa pelajar. |
Tuesday, 8 October 2013
Program Solat Hajat Perdana
Tarikh : 26 Sept 2013 (Khamis)
Masa : 4.30pm - 9.30pm
Tempat: Masjid Jamek As-Syifa Bandar Penawar
Objektif program solat hajat:
· Membentuk kesedaran mendalam tentang kepentingan mengharapkan pertolongan dari Allah s.w.t selepas berusaha untuk mencapai matlamat.
· Membentuk modal insan pelajar berteraskan unsur spiritual yang telah terbukti kejayaannya.
· Menanam sikap tawakkal dan semangat penghayatan dan pengamalan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah dalam kehidupan seharian.
Kaunter pendaftaran |
Pameran Kolej Vokasional Kota Tinggi |
Para pelajar dan tetamu yang hadir |
Bacaan doa |
Ucapan daripada pengetua SMK Bandar Penawar, Tn Hj Baharum b Ahmad |
Tazkirah program solat hajat |
Solat Hajat Perdana |
Monday, 30 September 2013
Selamat Menduduki Peperiksaan PMR
Buat semua anak didik SMK Bandar Penawar,
Selamat menduduki peperiksaan PMR, doa kami warga SMK Bandar Penawar sentiasa mengiringi anda. Semoga kalian memperoleh keptusan yang cemerlang dan membanggakan kami semua.
Tips Menghadapi Peperiksaan.
Datanglah dengan bersedia dan lebih awal
- Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.
- Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.
Bersantailah tapi berhati-hati
- Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.
- Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar.. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.
- Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi.
- Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.
Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu
jawapannya sebelum menulis
- Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.
- Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.
- Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.
| |
Sunday, 22 September 2013
Majlis Mohon Restu dan Runding Cara Calon PMR 2013
Hari : Khamis (12 September 2013)
Tempat : Dewan SMK Bandar Penawar
Majlis Mohon Restu dan Runding Cara Calon PMR 2013 diadakan bagi membentangkan pencapaian calon PMR dalam Peperiksaan Percubaan PMR tahun 2013.
Tuesday, 10 September 2013
Perkhemahan Unit Beruniform 2013
Tarikh : 6 & 7 September 2013
Tempat : Kompleks Rakan Muda Sukan Air Dan Udara, Desaru
Program Perkehemahan Unit Beruniform telah diadakan selama 2 hari bermula 6 September 2013 (Jumaat) sehingga 7 Sepetember 2013 (Sabtu). Program ini dimulakan dengan pendaftaran peserta program mengikut unit beruniform di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara, Desaru. Selepas pendaftaran semua peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan peserta mendirikan khemah mengikut kumpulan tersebut.
Pada waktu malam aktiviti yang dijalankan merupakan Malam Kebudayaan dan setiap Unit Beruniform membuat persembahan masing-masing. Aktiviti diteruskan pada 7 Sepetember 2013 iaitu semua peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan. Kumpulan pertama iaitu kumpulan perempuan melakukan aktiviti water confident di bawah tunjuk ajar En. Hasdi, manakala kumpulan lelaki melakukan aktiviti abseilling di bawah tunjuk ajar instructor terlatih. Melalui aktiviti ini pelajar dapat menanam sifat keberaniaan dalam diri masing-masing sewaktu melakukan aktiviti lasak.
Program perkhemahan di akhiri dengan upacara penyampaian hadiah bagi setiap unit beruniform yang terlibat dan nyanyian lagu Negaraku.

Aktiviti pemanasan badan sebelum memulakan aktiviti water confident |
Bersedia |
water confident |
water confident |
Aktiviti abseilling |
Pertandingan Sempena Bulan Kemerdekaan
Tarikh : 4 September 2013 (Rabu)
Masa : 2.30ptg - 4.30 ptg
Semepena bulan kemerdekaan, panitia Sejarah dan panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan telah menganjurkan pelbagai pertandingan bagi mempuk semangat cintakan negara dan mengenang kembali perjuangan generasi terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan.
Antara pertandingan yang dipertandingkan ialah pertandingan nyanyian lagu rakyat, pertandingan deklamasi sajak, pertandingan sukan rakyat, pertandingan nota poket matapelajjaran sejarah, pertandingan menulis esei dan pertandingan pakaian tradisional
.

Pertandingan sepak raga |
Pertandingan nyanyian lagu rakyat dan sketsa |

Subscribe to:
Posts (Atom)