Sunday 23 February 2014

Majlis Perasmian Minggu Anti Dadah

Tarikh  : 23 Februari 2014
Tempat : Dataran SMK Bandar Penawar

Program ini diadakan bertujuan untuk memaklumkan kepada semua warga sekolah bahawa program ini akan dilancarkan dan akan diadakan beberapa program atau aktiviti mengenai Pendidikan Pencegahan Anti Dadah.

Ucapan perasmian oleh Tn Hj Baharum b Ahmad




Kejohanan Bola Jaring MSSD Pengerang

Tarikh  : 22 Februari 2014 (Sabtu)
Tempat : Kompleks Sukan Komuniti Bandar Penawar

SMK Bandar Penawar telah menghantar 3 pasukan iaitu 1 pasukan bawah 18 tahun dan 2 pasukan bawah 15 tahun. Kejohanan bermula jam 8 pagi dan berakhir pada jam 7.30  malam. SMK Bandar Penawar telah menjadi juara keseluruhan di mana pasukan bawah 18 dan pasukan bawah 15 (A) telah muncul juara. Tahniah kepada semua murid yang terlibat.










Pelancaran Program Mentor Mentee Dan Guru Penyayang

Tarikh  : 16 Februari 2014 (Ahad)




Murid yang menyambut hari lahir pada 16 Februari

Penyerahan mentor mentee

Perhimpunan Bulanan Kokurikulum Dan Penyampaian Watikah Pelantikan AJK Tertinggi Unit Kokurikulum

Tarikh   : 16 Februari 2014 (Ahad)

Perhimpunan Bulanan Kokurikulum dikendalikan oleh Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS).




Penyampaian watikah kepada Unit Beruniform Pengakap

Penyampaian watikah kepada Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah
Penyampaian watikah kepada Unit Beruniform PBSM

Penyampaian watikah kepada Unit Beruniform PPIM


Penyampaian watikah kepada Unit Beruniform Kadet Polis


Saturday 15 February 2014

Majlis Sambutan Maulidurrasul SAW 2014M/1435H & Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke- 19

Tarikh    : 15 Februari 2014 (15 Rabiul Akhir 1434H) & Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke- 19
Perasmi  : YB Datuk Tahir bin Mohd Taat (Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri)

Setiap tahun umat Islam menyambut kehadiran 12 RabiulAawal sebagai tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW. Justeru itu, pelbagai aktiviti diatur sempena menyambut hari kelahiran baginda ini seperti bacaan selawat, ceramah, kuiz dan sebagainya demi untuk menggambarkan perasaan kasih dan sayang kita terhadap junjungan Nabi Muhammad SAW.

Kesatuan ummah juga boleh diterjemahkan dalam mesyuarat Agung PIBG yang melihat pelbagai peringkat sebagai penyumbang.

Matlamat kedua-dua program ini diadakan adalah untuk mengambil iktibar sirah Rasulullah SAW yang menjadi Rasul membimbing umat Islam dan mengukuhkan pelaksanaan sarana ibubapa.

Perarakan Maulidurrasul Kelas 5 Sains 1

Berarak ke dataran perhimpunan

Perarakan pelajar

Sepanduk Maulidurrasul

Bacaan Al-Quran oleh wakil pelajar

Ceramah Maulidurrasul oleh Ustaz Basri

YB Datuk Tahir bin Mohd Taat menandatangani buku pelawat SMK Bandar Penawar

Dr Shahida bt Sulaiman memberi penerangan berkaitan i-CARE

Mesyuarat Agung PIBG

Ibubapa yang hadir


Persembahan pelajar



Persembahan robotik

Jualan Buku

Monday 3 February 2014

Majlis Anugerah Hari Q Dan Jamuan Perpisahan

Tarikh   : 29 Januari 2014 (Rabu)
Masa    : 3 petang
Tempat : Lotus Desaru Beach Resort

Majlis Anugerah Hari Q Dan Jamuan Perpisahan diadakan bagi memberi penghargaan kepada guru-guru SMK Bandar Penawar sepangjang perkhidmatan pada tahun 2013. Majlis ini juga sebagai satu majlis yang meraikan guru-guru dan staf yang berpindah iaitu:
  • En Mohd Fadil b Ahmad
  • Puan Saedah bt Sapuan
  • Cik Siti Noqyah bt Abd Hamid
  • Pn Rafidah bt Mohamad Salleh
  • Puan Samini a/p Rajendaren
  • En Yahya b Ali
Semga pada tahun 2014 ini warga SMK Bandar Penawar akan mencipta lebih banyak kecemerlangan di dalam bidang akademik dan juga kokurikulum.

Ucapan daripada Tn Hj Baharum b Ahmad - Pengetua SMK Bandar Penawar

Antara penerima anugerah - Pn Rahimah binti Ariffin

Sesi bergambar

Sesi bergambar