PIBG SMK Bandar Penawar telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan projek pengubahsuaian surau agar lebih kondusif bagi menjalankan akiviti-aktiviti kerohanian serta pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam. Kami telah mendapat kebenaran memungut sumbangan daripada Pejabat Kadi Daerah Kota TInggi dengan rujukan PADKT.UUS.100/122/2(04/12)
Kos pengubahsuaian surau dianggarkan berjumlah RM300,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Ribu). Sumbangan boleh dibuat melalui 3 cara:
- Bilangan lot dengan nilai 1 lot RM50
- Sumbangan melalui cek atau pindahan ke Akaun Bank Islam "Surau SMK Bandar Penawar" no. 01135010002341
- Sumbangan ikhlas melalui edaran tabung
Bantuan serta keprihatinan semua pihak hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.