Wednesday 1 January 2014

Orientasi Murid Tingkatan 1 Tahun 2014

Pada jam 8.30 pagi 1 JANUARI 2014, bermulalah hari baru bagi murid tingkatan 1 sekolah ini menjalani minggu orientasi atau suaikenal selama 2 hari bagi memulakan sesi persekolahan 2014. Sesi ini dimulakan dengan taklimat daripada penyelaras minggu orientasi Tingkatan 1 Puan Radziah bt Abdul Aziz dan kemudian sedikit amanat dan kata-kata semangat daripada Pengetua SMK Bandar Penawar, Tn Hj Baharum b Ahmad.

Oleh itu, warga sekolah berharap agar setiap murid bersedia memikul tanggungjawab dan mengambil tindakan ke arah menjadi insan yang cemerlang. Pelbagai kemudahan telah disediakan di sekolah ini dan setiap murid perlu merebut peluang yang ada dan memanfaatkan segalanya untuk kecemerlangan diri.

Pengetua SMK Bandar Penawar bersama pelajar tingkatan 1.

Sesi suai kenal.

Sesi suai kenal

Amanat daripada pengetua SMK Bandar Penawar.