Tuesday 4 March 2014

Tahniah SMK Bandar Penawar

Pada 28 Februari - 1 Mac 2013 telah diadakan Pertandingan Kompang dan Nasyid Sempena Ikhtifal Seni anjuran KEJORA. Dalam pertandingan tersebut SMK Bandar Penawar telah berjaya sebagai tempat kedua dalam pertandingan nasyid dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM750.00. Manakala kumpulan kompang mendapat hadiah saguhati iaitu wang tunai berjumlah RM200.00.  Sekalung tahniah kepada En. Azhar b Husin diatas usaha dan sumbangan melatih kumpulan nasyid dan kompang SMK Bandar Penawar. Semoga kejayaan ini akan membawa inspirasi kepada warga SMK Bandar Penawar.