Monday 31 December 2012

Sesi Persekolahan 2013

Sesi persekolahan 2013 akan bermula pada hari Rabu 2 Januari 2013

Pendaftaran Pelajar Asrama Tahun 2013

Alam baru pelajar asrama adalah titik permulaan untuk memulakan penghidupan baru bersama rakan barudan bimbingan warden sebagai ibubapa mereka. Perubahan yang ketara ini memaksa mereka berusaha secara bijaksana menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.

Melaluinya pelajar asrama akan mendapat satu suasana baru yang jauh berbeza dengan rumah sendiri. Oleh itu pihak sekolah dan asrama menggunakan peluang yang ada pada hari ini bagi memberikan gambaran yang sejelas-jelasnya tentang kehidupan di asrama. Selain itu, ianya cuba membentuk sahsiah dan pemikiran pelajar tentang kehidupan dan cabaran yang bakal dilalui sepanjang tinggal di asrama.

Pihak sekolah dan asrama berharap pelajar akan dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru serta dapat saling bantu membantu dengan semangat kerjasama dalam apa jua keadaan dan dapat memupuk rasa kasih sayang sebagai sebuah keluarga.

Bagi sesi persekolahan 2013, pendaftaran pelajar asrama dilaksanakan pada 1 Januari 2013 (Rabu) bertempat di dewan makan asrama. Kebanyakan pelajar dihantar oleh ibubapa dan penjaga masing-masing. Sesi pendaftaran bermula seawal jam 8.00 pagi diikuti dengan ucapan daripada Penguasa Asrama iaitu Tn Hj Baharum b Ahmad. Pelajar kemudiannya diberi taklimat oleh warden dan bergerak ke dorm masing-masing seperti yang telah ditetapkan.

Sesi penerangan bersama warden

Urusan pendaftaran bersama warden asrama

Selamat memulakan sesi persekolahan

Nombor giliran mengikut tingkatan.

Ibubapa penjaga dan pelajar berkumpul di dewan makan bagi urusan pendaftaran.