Monday 21 October 2013

Ujian Kompetensi ICT Kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia

Mohon kepada semua guru-guru SMK Bandar Penawar untuk membuat ujian kompetensi ICT yang boleh diakses di url di bawah:

https://ict-kpm.azurewebsites.net

Tarikh tutup menjalankan ujian tersebut adalah pada 23 Oktober 2013. Sebarang kesulitan berkaitan ujian tersebut boleh berhubung dengan Penyelaras ICT sekolah, Pn Siti Julia bt Mohd Shahrol.

Thursday 17 October 2013

Runding Cara SPM 2013

Tarikh     : 11 Oktober 2013 (Jumaat)

Program Runding Cara SPM 2013 telah diadakan bagi membincangkan dan membentangkan pencapaian calon-calon SPM di dalam Peperiksaan Percubaan SPM 2013.

Tn Pengetua memberikan mengalu-alukan kedatangan ibubapa penjaga dan memberi taklimat berkaitan pencapaian sekolah.


Ibubapa dan penjaga yang hadir sewaktu program Runding Cara.

Pendaftaran ibubapa dan penjaga

Ibubapa menulis kehadiran dan menerima borang sarana ibubapa.


Guru kelas, Pn Khairunnisak bertemu ibubapa pelajar kelas 5 Sains 2 untuk membincangkan pencapaian pelajar kelas tersebut.

Guru kelas 5 Sains 1, Pn Nor Zaiha bertemu dengan ibubapa pelajar.

En. Noor Azmil berbincang dengan ibubapa pelajar.

Tuesday 8 October 2013

Program Solat Hajat Perdana

Tarikh  : 26 Sept 2013 (Khamis)
Masa   : 4.30pm - 9.30pm
Tempat: Masjid Jamek As-Syifa Bandar Penawar

Objektif program solat hajat:

· Membentuk kesedaran mendalam tentang kepentingan mengharapkan pertolongan dari Allah s.w.t selepas berusaha untuk mencapai matlamat.
· Membentuk modal insan pelajar berteraskan unsur spiritual yang telah terbukti kejayaannya.
· Menanam sikap tawakkal dan semangat penghayatan dan pengamalan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah dalam kehidupan seharian.


Kaunter pendaftaran

Pameran Kolej Vokasional Kota Tinggi



Para pelajar dan tetamu yang hadir


Bacaan doa

Ucapan daripada pengetua SMK Bandar Penawar, Tn Hj Baharum b Ahmad



Tazkirah program solat hajat




Solat Hajat Perdana