Monday 28 January 2013

Memohon Sumbangan Untuk Pengubahsuaian Surau SMK Bandar Penawar


PIBG SMK Bandar Penawar telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan projek pengubahsuaian surau agar lebih kondusif bagi menjalankan akiviti-aktiviti kerohanian serta pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam. Kami telah mendapat kebenaran memungut sumbangan daripada Pejabat Kadi Daerah Kota TInggi dengan rujukan PADKT.UUS.100/122/2(04/12)

Kos pengubahsuaian surau dianggarkan berjumlah RM300,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Ribu).  Sumbangan boleh dibuat melalui 3 cara:

  • Bilangan lot dengan nilai 1 lot RM50
  • Sumbangan melalui cek atau pindahan ke Akaun Bank Islam "Surau SMK Bandar Penawar" no. 01135010002341
  • Sumbangan ikhlas melalui edaran tabung
Bantuan serta keprihatinan semua pihak hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Sambutan Maulidurrasul 1434H, Pemberian Bantuan Awal Persekolahan dan Mesyuarat Agung PIBG SMK Bandar Penawar

Pada 25 Januari 2013 bersamaan 13 Rabiul Awal 1434H, telah diadakan 3 program serentak iaitu Program Sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah, Program Pemberian Bantuan Awal Persekolahan dan juga Mesyuarat Agung PIBG SMK Bandar Penawar. Program-program telah dilaksanakan di Dewan KEJORA Bandar Penawar.

Program dimulakan seawal jam 7.00 pagi dengan perarakan pelajar-pelajar dan guru bermula di Padang Awam Bandar Penawar menuju ke Dewan KEJORA. Setiap kelas berarak dengan membawa sepanduk bertemakan "Wasatiyah Tunggak Kesatuan Ummah". Progrm Maulidurrasul diteruskan dengan bacaan doa oleh Tn Hj Ismail b Md Salleh dan tazkirah Maulidurrasul oleh penceramah jemputan.

Program kedua iaitu Pemberian Bantuan Awal Persekolahan telah disampaikan oleh AhliParlimen Pengerang iaitu YB Dato Seri Azalina bt Othman Said. Bantuan ini secara tidak langsung dapat meringankan beban ibubapa menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.

Program ketiga iaitu Mesyuarat Agung PIBG dimulakan jam 10.30pagi dan semua ibubapa yang hadir dapat membincangkan permasalahan anak-anak mereka yang bersekolah di SMK Bandar Penawar. Banyak idea, pendapat serta komen yang dilontarkan bagi memastikan kecemerlangan berterusan SMK Bandar Penawar. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ibubapa yang hadir ke mesyuarat ini. Besar harapan kami warga SMK Bandar Penawar agar komitmen yang diberikan semua pihak akan dapat membantu memacu kecemerlangan SMK Bandar Penawar.

rewang Maulidurrasul

Aktiviti rewang







































Wednesday 16 January 2013

Tahniah SMK Bandar Penawar

Tahniah SMK Bandar Penawar atas kejayaan sepanjang tahun 2012

  • Anugerah Bilik Operasi Pentaksiran Cemerlang Negeri Johor Tahun 2012
  • Tahniah Tn Syed Shazril Syed Mahadzir kerana sumbangan beliau sebagai Jurulatih Ragbi Murid-Murid SMK Bandar Penawar yang telah berjaya dalam Pertandingan Ragbi Peringkat Antarabangsa 2012

Saturday 12 January 2013

Kejohanan Merentas Desa SMK Bandar Penawar Tahun 2013

11 Januari 2013 - Bertempat di SMK Bandar Penawar, Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah telah diadakan dengan meriahnya. Kejohanan ini berjaya mewujudkan kesungguhan dan ketabahan di kalangan pelajar dalam menyumbang mata untuk rumah sukan masing-masing. Tahun 2013 merupakan tahun bertuah bagi rumah merah kerana berjaya menjadi johan dalam kejohanan tersebut. Keputusan kejohanan adalah seperti di bawah. Tahniah kepada semua rumah sukan kerana berjaya menunjukkan semangat juang serta kesukanan yang tinggi.

Johan      - Rumah Merah
Kedua     - Rumah Kuning
Ketiga     - Rumah Hijau
Keempat - Rumah Biru

Peserta kategori perempuan bawah 18 tahun dilepaskan

Telah berjaya sampai 








Piala pusingan


Peserta terbaik perempuan

Ucapan penutup daripada ayahanda

Rumah Merah juara....





Monday 7 January 2013

Permohonan Jawatan Pengawas Perpustakaan Bagi Tahun 2013

Permohonan terbuka kepada semua pelajar Tingkatan 1 yang berpengalaman (telah dilantik menjadi pengawas perpustakaan semasa di sekolah rendah) atau kepada sesiapa yang berminat (rajin, bertanggungjawab dan berdedikasi). Kepad asesiapa yang berminat, hantarkan nama kepada Pn Nurul Hanani/ Cik Juriah/ Pn Asrah di perputakaan sebelum 11 Januari 2013 (Jumaat).

Tawaran Langganan Surat Khabar Berita Harian/ New Straits Times/ Utusan Malaysia dengan hanya RM1.00

Tawaran langganan ini terbuka kepada semua pelajar, guru san staf sokongan SMK Bandar Penawar dan borang langganan boleh didapati di Perpustakaan SMK Bandar Penawar dan perlu dikembalikan sebelum 16 Januari 2013 (Rabu).

Latihan Merentas Desa

Latihan Merentas Desan bagi semua rumah sukan dimulakan tepat jam 3.30 petang. Latihan dimulakan dengan sesi pemanasan badan dan seterusnya semua pelajar dilepaskan mengikut kategori. Laluan merentas desa adalah sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Latihan ini diharap dapat memupuk semangat kesukanan dan membina daya tahan yang tinggi di kalangan pelajar.