Sunday 30 June 2013

Majlis Sambutan Hari Koperasi Sekolah

Sambutan Hari Koperasi Sekolah pada tahun ini bertemakan Koperasi: Bersatu Untuk Persekitaran Sejagat. Sambutan ini telah bermula pada 20 Jun 2013 dengan pertandingan pentaque dan kuiz koperasi.Ia diteruskan pula dengan kemeriahan acara gerai jualan di Kejohanan Sukan SMK Bandar Penawar kali ke 15 bertempat di Stadium Bandar Penawar pada 27 Jun 2013. Aktiviti koperasi pada tahun ini dilanjutkan hingga 5 Julai bersama-sama dengan Karnival Pendidikan Teknikal.

Pn Hajah Azizah bt Awang (GPK Kokurikulum) membacakan perutusan Presiden Angkasa (Prof. Dato Dr Mohd Ali Haji Baharum)

Pn Norhawati bt Anis (GPK Pentadbiran) membacakan perutusan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (YB Dato Hassan bin Malik)

Tn Haji Baharum b Ahmad (Pengetua SMK Bandar Penawar) membacakan perutusan  Menteri Pelajaran Malaysia (Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin b Mohd Yassin)




Saturday 29 June 2013

Kejohanan Sukan Kali Ke15

Kejohanan Sukan Sekolah telah diadakan pada 27 Jun 2013 (Isnin). Pada tahun ini rumah Biru telah menjadi juara mengalahkan tiga rumah pasukan yang lain. Tahniah kepada semua pelajar yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi di dalam kejohanan ini.




















Sunday 23 June 2013

Anugerah dari Pusat Sumber untuk bulan Mei

Tahniah kepada semua penerima anugerah.

Pengguna Perpustakaan Paling Aktif.

  • i- Kategori Pengawas Perpustakaan - Mohd Farhan b Kemin
  • ii-Kategori Pelajar - Mohammad Haziq b Roslan
  • iii-Kategori Guru -Pn Radziah bt Abd Aziz

Peminjam Buku Terbanyak

  • i- Kategori Pengawas Perpustakaan - Mohd Amier Shafiq b. Bahrin
  • ii- Kategori Pelajar - Muhammad Khairul Fahmi b Oshman
  • iii- Kategori Guru - Pn Wan Hardiana bt Wan Hassan

Thursday 20 June 2013

Info Berkaitan Koperasi SMK Bandar Penawar

Koperasi SMK Bandar Penawar Bhd ditubuhkan pada 21 Ogos 2003. Pengerusi Koperasi SMK Bandar Penawar Berhad terdiri daripada 3 pengetua yang pernah dan sedang menberajui SMK Bandar Penawar iaitu;

  • Pn Hajah Sarilah binti Ngadino (2003-2005)
  • En Azman b Abd Rahman (2005-2007)
  • Haji Baharum b Ahmad (2007 hingga kini).
Koperasi SMK Bandar Penawar Berhad bernaung di bawah Angkatan Koperasi Kebangsaan (ANGKASA) dan Dato Dr Mohd Ali b Haji Baharum merupakan pengerusi ANGKASA. Sambutan Hari Koperasi disambut setiap tahun oleh setiap koperasi sekolah. Antara acara wajib yang perlu dijalankan ialah acara menanam pokok dan terdapat sekolah yang mengadakan acara gerai jualan sebagai acara wajib bagi setiap tahun.

Monday 17 June 2013

Majlis Anugerah Kecemerlangan

Tarikh   : 11 Mei 2013 (Sabtu)
Tempat : Dewan Gemilang, SMK Bandar Penawar
Dirasmikan oleh: Yang Berhormat Puan Hamimah binti Mansor (Adun Penawar)

SMK Bandar Penawar telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan pada hari Sabtu 11 Mei 2013 mulai jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari bertempat di Dewan Gemilang, SMK Bandar Penawar. Majlis ini merupakan majlis tahunan yang dianjurkan khusus untuk meraikan pencapaian dan kecemerlangan murid dan guru-guru dalam bidang akademik untuk peperiksaan awam dan dalaman bagi tahun 2012. Majlis ini juga memberi anugerah kepada pelajar dan guru yang terlibat aktif dalam bidang kokurikulum.

Kehadiran YB Puan Hamimah Mansor disambut dengan paluan kompang.

Persembahan nasyid oleh pelajar.



Persembahan gamelan

Ucapan daripada Pengetua SMK Bandar Penawar Tn Hj Baharum b Ahmad

Ucapan oleh Yang Berhormat Puan Hamimah binti Mansor ADUN Penawar.

Penerima augerah

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2012.



Program Bebas Denggi

Tarikh  : 17 Jun 2013 (Isnin)

Program Bebas Denggi di peringkat telah dilancarkan pada hari Isnin 17 Jun 2013. Pelancaran program ini diadakan sewaktu perhimpunan rasmi sekolah oleh Penolong Kanan Kurikulum iaitu Pn Norhawati bt Anis. Objektif program ini adalah untuk memupuk sikap keprihatinan dan komitmen yang tinggi di kalangan warga sekolah tentang pendidikan pencegahan denggi. Antara objektif lain adalah untuk mewujudkan kawasan sekolah yang bersih, selamat dan kondusif serta bebas daripada nyamuk Aedes.

Ucapan perasmian sempena Program Bebas Denggi oleh Pn Norhawati bt Anis

Upacara perasmian Program Bebas Denggi,

Wednesday 5 June 2013

Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah dan Pengawas Perpustakaan

Tarikh   : 17-19 Mei 2013 (Jumaat - Ahad)
Tempat : R & R Kota Minda
              Lot 2420 & 2422, Batu 15
              Jalan Kota Tinggi – Mersing
              81900 Kota Tinggi, Johor

Objektif kursus ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai kepimpinan dalam diri murid dan mendidik pelajar untuk menjadi pemimpin yang bertanggungjawab melalui program-program dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Perasmian penutup oleh Tn. Hj. Baharum b. Ahmad, pengetua SMKBP

Malam kebudayaan

Menikmati hidangan makan

ceramah oleh En. Mohd Nazri bin Mohd Senawi
Aktiviti senaman

Rempuh halangan