Monday 24 March 2014

Pengumuman SPM 2013

Tarikh  : 20 Mac 2014 (Khamis)
Tempat: Kantin

Tahnniah kepada semua calon SPM 2013. Semoga terus berjaya di masa hadapan.




Tuesday 18 March 2014

Motivasi Bersama YM Raja Shamri bin Raja Husin

Tarikh    : 16 Mac 2013 (Ahad)
Tempat  : Dewan KEJORA
Masa     : 8.30am - 4.30pm

Tips Abang Raja Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang:
1. Bangun di awal pagi
2. Pilih gaya hidup dan personaliti positif
3. Jaga makan dan pemakanan
4. Sabar dengan ujian dan kata-kata manusia
5. Tanamkan sifat cintakan ilmu
6. Jangan mengadu domba






Saturday 8 March 2014

Lawatan Gan Eng Seng Secondary School, Singapura

Tarikh : 6 Mac 2014 (Khamis)
Masa  : 9.00am - 11am

Lawatan daripada Gan Eng Seng Secondary School, Singapura ke SMK Bandar Penawar telah disambut baik oleh seluruh warga sekolah. Pelbagai aktiviti telah diatur dan dirancang antaranya lawatan ke Galeri Sejarah, Muzium Sains, lawatan ke Pusat Sumber Sekolah, dan sukaneka.








Pelancaran Minggu Karnival Bahasa Melayu Peringkat Sekolah

Tarikh  : 2 Mac 2014 (Ahad)

 Pelancaran Minggu Karnival Bahasa Melayu Peringkat Sekolah telah dilancarkan pada 2 Mac 2014 dan telah dirasmikan oleh Tn Hj Baharum b Ahmad, pengetua SMK Bandar Penawar.




Aktiviti Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah

Tarikh  : 26 Februari 2014 (Rabu)
Masa   : 2.30 pm - 4.00 pm

Sempena Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat sekolah, pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya sukaneka, ceramah pencegahan dadah, pameran, kuiz, uji minda dan melukis poster. Penglibatan dan kerjasama daripada semua murid sangat menggalakkan dan pihak sekolah berharap agar semua murid sentiasa mengambil peluang untuk menambah pengetahuan dan pengalaman.




Tuesday 4 March 2014

Tahniah SMK Bandar Penawar

Pada 28 Februari - 1 Mac 2013 telah diadakan Pertandingan Kompang dan Nasyid Sempena Ikhtifal Seni anjuran KEJORA. Dalam pertandingan tersebut SMK Bandar Penawar telah berjaya sebagai tempat kedua dalam pertandingan nasyid dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM750.00. Manakala kumpulan kompang mendapat hadiah saguhati iaitu wang tunai berjumlah RM200.00.  Sekalung tahniah kepada En. Azhar b Husin diatas usaha dan sumbangan melatih kumpulan nasyid dan kompang SMK Bandar Penawar. Semoga kejayaan ini akan membawa inspirasi kepada warga SMK Bandar Penawar.