Monday 30 December 2013

PEMBERITAHUAN

1. Masa persekolahan adalah bermula pada jam 7.20 pagi. Oleh itu, setiap murid perlu hadir ke sekolah sebelum jam 7.20 pagi melalui pintu pagar belakang (asrama).


2.
Cuti hujung minggu adalah pada hari jumaat dan sabtu. Manakala perjumpaan kokurikulum kekal pada hari rabu petang (jam 2.30 petang - 4.30 petang. Kehadiran perjumpaan kokurikulum adalah wajib.


3. Program
orientasi akan dijalankan pada 1 dan 2 Januari 2014. Pelajar perlu berpakaian sekolah lengkap dan kemas. Pembahagian unitkokurikulum akan dilaksanakan dalam program orientasi . 

Pendaftaran Murid Tingkatan 1 - 5 Tahun 2014

Tarikh   : 31 Disember 2014
Hari      : Selasa
Tempat : Kantin dan kelas masing-masing

Tuan Pengetua menyampaikan ucapan sebelum pendaftaran murid tingkatan 1.

Pendaftaran murid tingkatan 1 di kelas.

Pendaftaran murid tingkatan 1 di kantin.

Pendaftaran murid tingkatan 1 di kantin.

Suasana pendaftaran murid tingkatan 1 di kantin.

Jualan di koperasi sekolah.

Jualan baju kokurikulum.

Pendaftaran pelajar tingkatan 5 di kelas.

Pendaftaran pelajar tingkatan 5 di kelas

Pendaftaran pelajar tingkatan 5 di kelas

Thursday 26 December 2013

Makluman Pendaftaran Pelajar 2014 dan Pendaftaran Asrama 2014

PENDAFTARAN TINGKATAN 1 2014

Tarikh    : 31 Disember 2014 (Selasa)
Tempat  : Kantin SMK Bandar Penawar
Masa     : 7.45 pagi - 11.00 pagi


PENDAFTARAN DAN PENYERAHAN SLIP TINGKATAN 2, 3 DAN 5 2014

Tarikh    : 31 Disember 2014(Selasa)
Tempat  : Kelas masing-masing
Masa     : 7.45 pagi - 11.00 pagi


PENDAFTARAN ASRAMA 2014

Tarikh    : 31 Disember 2014 (Selasa)
Tempat  : Dewan makan asrama
Masa     : 10.30 pagi - 1.00 petang

Sunday 22 December 2013

Makluman Tarikh Pengurusan Persediaan Awal Tahun 2014

Adalah dimaklumkan tarikh perkara berkaitan adalah seperti di bawah:

23 Disember 2013  
- Mesyuarat Guru Kali Pertama 2014 & Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama 2014

24 Disember 2013  
- Mesyuarat HEM Kali Pertama 2014, Kelab Guru Kali Pertama2014 & Mesyuarat                                       Kokurikulum Kali Pertama 2014

26,27,30& 31 Disember 2013
- Mesyuarat Panitia & Jualan buku pada 26 dan 27 Disember 2013

Tahniah Calon PMR 2013

Tahniah kepada semua calon PMR 2013 yang telah memperoleh kejayaan di dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Tahniah dan jutaan terima kasih di atas segala jasa bakti guru-guru yang tidak pernah mengenal penat lelah dalam mendidik calon PMR 2013.

Tuesday 5 November 2013

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2013

Buat semua anak didik SMK Bandar Penawar,
Selamat menduduki peperiksaan SPM, doa kami warga SMK Bandar Penawar sentiasa mengiringi anda. Semoga kalian memperoleh keptusan yang cemerlang dan membanggakan kami semua.

Tips Menghadapi Peperiksaan.

Datanglah dengan bersedia dan lebih awal

  • Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.
Tenang dan percayakan diri sendiri
  • Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.
Bersantailah tapi berhati-hati
  • Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.
Preview soalan-soalan terlebih dahulu
  • Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar.. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.
Jawab soalan secara strategik
  • Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi.
Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih
  • Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis
  • Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.
Bahagikan 10% waktu anda untuk memeriksan jawapan
  • Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.
Analisa jawapan anda

  • Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

Monday 21 October 2013

Ujian Kompetensi ICT Kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia

Mohon kepada semua guru-guru SMK Bandar Penawar untuk membuat ujian kompetensi ICT yang boleh diakses di url di bawah:

https://ict-kpm.azurewebsites.net

Tarikh tutup menjalankan ujian tersebut adalah pada 23 Oktober 2013. Sebarang kesulitan berkaitan ujian tersebut boleh berhubung dengan Penyelaras ICT sekolah, Pn Siti Julia bt Mohd Shahrol.

Thursday 17 October 2013

Runding Cara SPM 2013

Tarikh     : 11 Oktober 2013 (Jumaat)

Program Runding Cara SPM 2013 telah diadakan bagi membincangkan dan membentangkan pencapaian calon-calon SPM di dalam Peperiksaan Percubaan SPM 2013.

Tn Pengetua memberikan mengalu-alukan kedatangan ibubapa penjaga dan memberi taklimat berkaitan pencapaian sekolah.


Ibubapa dan penjaga yang hadir sewaktu program Runding Cara.

Pendaftaran ibubapa dan penjaga

Ibubapa menulis kehadiran dan menerima borang sarana ibubapa.


Guru kelas, Pn Khairunnisak bertemu ibubapa pelajar kelas 5 Sains 2 untuk membincangkan pencapaian pelajar kelas tersebut.

Guru kelas 5 Sains 1, Pn Nor Zaiha bertemu dengan ibubapa pelajar.

En. Noor Azmil berbincang dengan ibubapa pelajar.

Tuesday 8 October 2013

Program Solat Hajat Perdana

Tarikh  : 26 Sept 2013 (Khamis)
Masa   : 4.30pm - 9.30pm
Tempat: Masjid Jamek As-Syifa Bandar Penawar

Objektif program solat hajat:

· Membentuk kesedaran mendalam tentang kepentingan mengharapkan pertolongan dari Allah s.w.t selepas berusaha untuk mencapai matlamat.
· Membentuk modal insan pelajar berteraskan unsur spiritual yang telah terbukti kejayaannya.
· Menanam sikap tawakkal dan semangat penghayatan dan pengamalan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah dalam kehidupan seharian.


Kaunter pendaftaran

Pameran Kolej Vokasional Kota Tinggi



Para pelajar dan tetamu yang hadir


Bacaan doa

Ucapan daripada pengetua SMK Bandar Penawar, Tn Hj Baharum b Ahmad



Tazkirah program solat hajat




Solat Hajat Perdana


Monday 30 September 2013

Selamat Menduduki Peperiksaan PMR


Buat semua anak didik SMK Bandar Penawar,
Selamat menduduki peperiksaan PMR, doa kami warga SMK Bandar Penawar sentiasa mengiringi anda. Semoga kalian memperoleh keptusan yang cemerlang dan membanggakan kami semua.

Tips Menghadapi Peperiksaan.

Datanglah dengan bersedia dan lebih awal

  • Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.
Tenang dan percayakan diri sendiri
  • Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.
Bersantailah tapi berhati-hati
  • Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.
Preview soalan-soalan terlebih dahulu
  • Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar.. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.
Jawab soalan secara strategik
  • Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi.
Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih
  • Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis
  • Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.
Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya

  • Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.
Bahagikan 10% waktu anda untuk memeriksan jawapan
  • Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.
Analisa jawapan anda

  • Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.


































Sunday 22 September 2013

Majlis Mohon Restu dan Runding Cara Calon PMR 2013

Hari      : Khamis (12 September 2013)
Tempat : Dewan SMK Bandar Penawar

Majlis Mohon Restu dan Runding Cara Calon PMR 2013 diadakan bagi membentangkan pencapaian calon PMR dalam Peperiksaan Percubaan PMR tahun 2013. 











Tuesday 10 September 2013

Perkhemahan Unit Beruniform 2013

Tarikh   : 6 & 7 September 2013
Tempat : Kompleks Rakan Muda Sukan Air Dan Udara, Desaru

Program Perkehemahan Unit Beruniform telah diadakan selama 2 hari bermula 6 September 2013 (Jumaat) sehingga 7 Sepetember 2013 (Sabtu). Program ini dimulakan dengan pendaftaran peserta program mengikut unit beruniform di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara, Desaru. Selepas pendaftaran semua peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan peserta mendirikan khemah mengikut kumpulan tersebut.

Pada waktu malam aktiviti yang dijalankan merupakan Malam Kebudayaan dan setiap Unit Beruniform membuat persembahan masing-masing. Aktiviti diteruskan pada 7 Sepetember 2013 iaitu semua peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan. Kumpulan pertama iaitu kumpulan perempuan melakukan aktiviti water confident  di bawah tunjuk ajar En. Hasdi, manakala kumpulan lelaki melakukan aktiviti abseilling di bawah tunjuk ajar instructor terlatih. Melalui aktiviti ini pelajar dapat menanam sifat keberaniaan dalam diri masing-masing sewaktu melakukan aktiviti lasak.

Program perkhemahan di akhiri dengan upacara penyampaian hadiah bagi setiap unit beruniform yang terlibat dan nyanyian lagu Negaraku.

Aktiviti pemanasan badan sebelum memulakan aktiviti water confident

Bersedia

water confident

water confident

Aktiviti abseilling



Pertandingan Sempena Bulan Kemerdekaan

Tarikh : 4 September 2013 (Rabu)
Masa  : 2.30ptg - 4.30 ptg

Semepena bulan kemerdekaan, panitia Sejarah dan panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan telah menganjurkan pelbagai pertandingan bagi mempuk semangat cintakan negara dan mengenang kembali perjuangan generasi terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan.

Antara pertandingan yang dipertandingkan ialah pertandingan nyanyian lagu rakyat, pertandingan deklamasi sajak, pertandingan sukan rakyat, pertandingan nota poket matapelajjaran sejarah, pertandingan menulis esei dan pertandingan pakaian tradisional
Pertandingan sepak raga

Pertandingan nyanyian lagu rakyat dan sketsa

Pertandingan nyanyian lagu rakyat dan sketsa

Pertandingan nyanyian lagu rakyat dan sketsa

Pertandingan nyanyian lagu rakyat dan sketsa
.