Wednesday 20 March 2013

Pendaftaran Pelajar Pusat Pendaftaran Sains

Tarikh      : 4 Mac 2013 (Isnin)
Tempat    : Dewan Makan Asrama

Pusat Pembelajaran Sains (PPS) merupakan satu projek khas bagi membantu murid FELDA mengikuti aliran sains tulen. PPS mengambil pendekatan 'salvage' iaitu pelajar yang berpencapaian sederhana dalam PMR boleh ditawarkan sains tulen.

Objektif PPS:
  • Pembangunan Modal Insan
  • Meningkatkan penyertaan pelajar luar bandar dalam aliran sains
  • Meningkatkan pencapaian pelajar luar bandar dalam aliran sains
  • Memenuhi sasaran dasar 60:40
Pelajar PPS mendaftar di dewan makan.

Pendaftaran bersama ibubapa

Perbincangan bersama warden dan Penyelia Asrama

Ucapan daripada pengetua, Tn Hj Baharum b Ahmad

Pelajar dan ibubapa berkumpul didewan makan.

Ibubapa dan pelajar mendengar ucapan pengetua.


Wednesday 13 March 2013

LDP Guru : Pentaksiran Psikometrik

Tarikh    : 13 Mac 2013
Tempat  : Anjung Sidang
Sasaran : Semua guru

Tujuan LDP ini bertujuan untuk:

  • mengukur kebolehan individu
  • mendapatkan diskripsi yang tepat mengenai diri individu atau kumpulan
  • membantu membuat keputusan yang praktikal/realistik
  • nmemahami secara lebih mendalam, keadaan semula jadi dan perbezaan.
Guru mengisi Borang Jawapan Psikometrik 

Buku Soalan Psikometrik

Guru tekun menjawab soalan psikometrik



Sunday 10 March 2013

Majlis Akujanji Calon PMR Tahun 2013


Tarikh   : 7 Mac 2013 (Khamis)
Masa    : 10.30 pagi - 1.30 petang
Tempat : Dewan Makan Asrama

Majlis akujanji bertujuan memberi kesedaran kepada individu untuk mencapai sasaran masing-masing dalam peperiksaan PMR . Program ini juga diharapkan dapat memberi motivasi dan galakan pada setiap calon PMR agar yakin untuk menghadapi peperiksaan pada bulan Oktober 2013.

Antara objektif majlis ini diadakan adalah:
  • murid menyatakan ikrar untuk berusaha dan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan PMR
  • membuat persiapan diri bagi menghadapi peperiksaan PMR pada tahun 2013
  • pelajar-pelajar dapat melihat target yang perlu dicapai untuk mendorong diri lebih berusaha berdasarkan Buku Graf Prestasi Diri
  • ibu bapa mengetahui sasaran pencapaian anak masing-masing
  • pelajar merasa yakin dan bermotivasi untuk menghadapi PMR 2013.

Sasaran Sekolah Bagi PMR 2013
SASARAN
Peratus Menguasai 83%
Peratus Cemerlang 7.2%
Bil Calon Cemerlang 9
Gred Purata Sekolah 2.43

Ucapan daripada Setiausaha PMR- Pn Noridayu bt Alimin

Pelajar tingkatan 3 dan ibubapa

Ucapan daripada YDP PIBG

YDP PIBG

Ucapan pengetua - Tn Hj Baharum b Ahmad

ETR PMR 2013

Ucapan wakil Tingkatan 3

Perbincangan ibubapa bersama pelajar

Sesi motivasi bersama pengetua

Akujanji pelajar

Akujanji pelajar

Wednesday 6 March 2013

Lawatan pelajar Singapura dari Gan Eng Seng Secondary School

Pada 6 Mac 2013 (Rabu) seramai 160 orang pelajar Singapura telah membuat lawatan ke SMK Bandar Penawar. Program lawatan dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor Negaraku dan lagu Kebangsaan Singapura. Selesai nyanyian, majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh wakil pelajar SMK Bandar Penawar. Tn Hj Baharum b Ahmad mengalu-alukan kedatangan rombongan dengan ucapan beliau dan seterusnya ucapan wakil pelajar daripada kedua-dua sekolah.

Aktiviti lawatan diteruskan dengan acara permainan tradisional iaitu permainan congkak, batu seremban dan teng-teng. Selain itu rombongan juga akan diajar menggunakan alat muzik tradisional iaitu gamelan yang dimainkan oleh pelajar-pelajar SMK Bandar Penawar. Program lawatan diakhiri dengan ucapan terima kasih oleh kedua-dua pihak dan seterusnya wakil SMK Bandar Penawar mengiringi pelajar Singapura menaiki bas.

ketibaan rombngan pelajar Singapura


bacaan doa oleh wakil pelajar SMK Bandar Penawar

Ucapan alu-aluan oleh Pengetua Tn Haji Baharum b Ahmad

Ucapan daripada wakil Singapura

ucapan daripada wakil pelajar SMK Bandar Penawar

ucapan daripada wakil pelajar Singapura

sebahagian rombongan Singapura bersama wakil SMK Bandar Penawar

pelajar melakukan aktiviti permainan tradisional - congkak

pelajar bermain batu seremban

permainan teng-teng