Monday 30 September 2013

Selamat Menduduki Peperiksaan PMR


Buat semua anak didik SMK Bandar Penawar,
Selamat menduduki peperiksaan PMR, doa kami warga SMK Bandar Penawar sentiasa mengiringi anda. Semoga kalian memperoleh keptusan yang cemerlang dan membanggakan kami semua.

Tips Menghadapi Peperiksaan.

Datanglah dengan bersedia dan lebih awal

  • Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.
Tenang dan percayakan diri sendiri
  • Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.
Bersantailah tapi berhati-hati
  • Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.
Preview soalan-soalan terlebih dahulu
  • Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar.. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.
Jawab soalan secara strategik
  • Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi.
Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih
  • Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis
  • Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.
Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya

  • Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.
Bahagikan 10% waktu anda untuk memeriksan jawapan
  • Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.
Analisa jawapan anda

  • Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.


































Sunday 22 September 2013

Majlis Mohon Restu dan Runding Cara Calon PMR 2013

Hari      : Khamis (12 September 2013)
Tempat : Dewan SMK Bandar Penawar

Majlis Mohon Restu dan Runding Cara Calon PMR 2013 diadakan bagi membentangkan pencapaian calon PMR dalam Peperiksaan Percubaan PMR tahun 2013. 











Tuesday 10 September 2013

Perkhemahan Unit Beruniform 2013

Tarikh   : 6 & 7 September 2013
Tempat : Kompleks Rakan Muda Sukan Air Dan Udara, Desaru

Program Perkehemahan Unit Beruniform telah diadakan selama 2 hari bermula 6 September 2013 (Jumaat) sehingga 7 Sepetember 2013 (Sabtu). Program ini dimulakan dengan pendaftaran peserta program mengikut unit beruniform di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara, Desaru. Selepas pendaftaran semua peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan peserta mendirikan khemah mengikut kumpulan tersebut.

Pada waktu malam aktiviti yang dijalankan merupakan Malam Kebudayaan dan setiap Unit Beruniform membuat persembahan masing-masing. Aktiviti diteruskan pada 7 Sepetember 2013 iaitu semua peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan. Kumpulan pertama iaitu kumpulan perempuan melakukan aktiviti water confident  di bawah tunjuk ajar En. Hasdi, manakala kumpulan lelaki melakukan aktiviti abseilling di bawah tunjuk ajar instructor terlatih. Melalui aktiviti ini pelajar dapat menanam sifat keberaniaan dalam diri masing-masing sewaktu melakukan aktiviti lasak.

Program perkhemahan di akhiri dengan upacara penyampaian hadiah bagi setiap unit beruniform yang terlibat dan nyanyian lagu Negaraku.

Aktiviti pemanasan badan sebelum memulakan aktiviti water confident

Bersedia

water confident

water confident

Aktiviti abseilling



Pertandingan Sempena Bulan Kemerdekaan

Tarikh : 4 September 2013 (Rabu)
Masa  : 2.30ptg - 4.30 ptg

Semepena bulan kemerdekaan, panitia Sejarah dan panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan telah menganjurkan pelbagai pertandingan bagi mempuk semangat cintakan negara dan mengenang kembali perjuangan generasi terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan.

Antara pertandingan yang dipertandingkan ialah pertandingan nyanyian lagu rakyat, pertandingan deklamasi sajak, pertandingan sukan rakyat, pertandingan nota poket matapelajjaran sejarah, pertandingan menulis esei dan pertandingan pakaian tradisional
Pertandingan sepak raga

Pertandingan nyanyian lagu rakyat dan sketsa

Pertandingan nyanyian lagu rakyat dan sketsa

Pertandingan nyanyian lagu rakyat dan sketsa

Pertandingan nyanyian lagu rakyat dan sketsa
.


Tuesday 3 September 2013

Selamat Hari Merdeka


Seluruh warga SMK Bandar Penawar mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 56. MALAYSIAKU BERDAULAT TANAH TUMPAHNYA DARAHKU.