Monday 27 January 2014

Majlis Pelancaran Program NILAM 2014

Tarikh       : 26 Januari 2014 (Isnin)

Majlis ini diadakan sebagai platform permulaan untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar di sekolah. NILAM bermaksud Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan adunan penggabungan aktiviti membaca bagi mewujudkan tabiat membaca dalam kalangan pelajar. Oleh hal yang demikian, jawatankuasa NILAM dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah SMK Bandar Penawar telah mengambil inisiatif merancang program ini sebagai bermulanya titik tolak menyemarakkan NILAM di seklah bagi tahun 2014.

Tahniah kepada murid yang medapat anugerah NILAM:

Anugerah NILAM Daerah Kota Tinggi Tahun 2014 Kategori Bahasa Inggeris
- Noor Syhafiqa bt Abd Khalid (5 SN 1)

Anugerah NILAM Daerah Kota Tinggi Tahun 2014 Kategori Bahasa Malaysia
- Mohammad Faeiz b Isham

Pengiktirafan Emas Tahap 1-Jauhari
- Mirza Danish b Miftahuddin
- Nur 'Izzaliya bt Mohd Mujahid
- Nurfatinaimaa bt Mohsin
- Mohd Zulfadli b M.Samsol
- Koh Jun Le
- Mohd Safuan Hakimi b Mohamed
- Syed Ahmad Danial b Syed Ben Bella
- Maisarah Madihah bt Matriffin

Pelancaran oleh Tn Haji Ismail b Mohd Salleh

Upacara perasmian

Pelancaran Program NILAM


Penyerahan buku NILAM kepada wakil pelajar

Nyanyian lagu NILAM

Nyanyian lagu NILAM

Nyanyian lagu NILAM

Persembahan oleh wakil pelajar 


Saturday 18 January 2014

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2014

Tarikh  : 16 Januari 2014 (Khamis)
Masa   : 8.30pagi - 11.10 pagi

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2014 telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah kepada semua warga sekolah yang telah bersama-sama menyumbang jasa serta bersemangat sewaktu kejohanan berlangsung. Tahniah kepada rumah Merah yang menngungguli kejohanan tersebut. Kedudukan rumah pasukan adalah seperti di bawah:

Johan          : Rumah Merah
Naib Johan : Rumah Biru
Ketiga        : Rumah Hijau
Keempat    : Rumah Kuning

Memasang nombor mengikut kategori


Aktiviti memanaskan badan

Kategori lelaki bawah 13 tahun


Kategri perempuan bawah 18 tahun


Laluan pelajar perempuan



Rumah Biru

Rumah Merah

Rumah Hijau

Rumah Kuning

Merah Juara

Sunday 5 January 2014

Makluman Aplikasi Pangkalan Data Murid 2014

Perhatian kepada semua guru tingkatan,
Mohon kerjasam untuk mengemaskini maklumat murid melalui sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) secepat mungkin melalui url di bawah.

http://apdm.moe.gov.my/

Sebarang kesulitan dan masalah boleh berhubung dengan Pn Siti Julia Mohd Shahrol.

Terima kasih atas kerjasama dan tindakan tuan/puan.

Saturday 4 January 2014

Tahniah Calon PMR 2013

Alhamdulillah, dalam keputusan PMR 2013 yang telah diumumkan pada 19 Disember 2013 yang lalui, SMK Bandar Penawar telah berjaya mendapat gred purata 2.72 dan peratus murid yang lulus adalah 77.34. Ini merupakan satu pencapaian yang baik. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar tingkatan tiga tahun 2013 di atas pencapaian tersebut. Dalam keputusan PMR yang lalu, seramai 3 orang pelajar telah berjaya memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil, sementara 4 orang pelajar telah memperoleh 7A. Tahniah kepada semua pelajar di bawah:

1- Nur Izzani bt Iz (8A)
2- Nurul Juliana Syafinaz bt Abu Sofian (8A)
3- Shakirah Aria bt Mohamad Adzmi (8A)
4- Muhammad Ali AIman b Abd Aziz (7A 1C)
5- Wan Nur Attiyyah Hakimah bt Abd Aziz (7A 1B)
6- Mahirah Afifah bt Mohd Haliza (7A 1B)
7- Fatin Nur Izzatee bt Abd Wahab (7A 1B)









Wednesday 1 January 2014

Orientasi Murid Tingkatan 1 Tahun 2014

Pada jam 8.30 pagi 1 JANUARI 2014, bermulalah hari baru bagi murid tingkatan 1 sekolah ini menjalani minggu orientasi atau suaikenal selama 2 hari bagi memulakan sesi persekolahan 2014. Sesi ini dimulakan dengan taklimat daripada penyelaras minggu orientasi Tingkatan 1 Puan Radziah bt Abdul Aziz dan kemudian sedikit amanat dan kata-kata semangat daripada Pengetua SMK Bandar Penawar, Tn Hj Baharum b Ahmad.

Oleh itu, warga sekolah berharap agar setiap murid bersedia memikul tanggungjawab dan mengambil tindakan ke arah menjadi insan yang cemerlang. Pelbagai kemudahan telah disediakan di sekolah ini dan setiap murid perlu merebut peluang yang ada dan memanfaatkan segalanya untuk kecemerlangan diri.

Pengetua SMK Bandar Penawar bersama pelajar tingkatan 1.

Sesi suai kenal.

Sesi suai kenal

Amanat daripada pengetua SMK Bandar Penawar.

Sesi Persekolahan 2014

Tarikh  : 1 Januari 2014 (Rabu)

Sesi persekolahan tahun 2014 dimulakan dengan perhimpunan pagi bagi menyambut murid-murid ke sekolah dan sebagai ruang bagi mengingatkan semula murid-murid tujuan mereka ke sekolah. Pada perhimpunan ini doa dibacakan semoga sesi persekolahan tahun 2014 akan membawa lebih banyak kecemerlangan kepada SMK Bandar Penawar.

Bacaan doa oleh Tn Hj Ismail bin Mohd Salleh

Murid berbaris mengikut kelas masing-masing.

Ucapan oleh guru bertuga, Pn Huzana bt Sarijo.

GPK HEM En Samsudin b Abd Kadir menyampaikan maklumat dan ingatan kepada murid-murid.

Ucapan daripada Pengetua SMK Bandar Penawar, Tn Hj Baharum b Ahmad.