Sunday 24 February 2013

Majlis Pelancaran Guru Penyayang Dan Mentor Mentee Unit Bimbingan Dan kaunseling Tahun 2013

Tarikh   : 18 Februari 2013 (Isnin)
Masa    : 7.30 pagi

Majlis ini merupakan penyerahan mentor mentee kepada guru-guru SMK Bandar Penawar. Majlis ini menggalakkan guru-guru dan pelajar mengamalkan budaya memberi salam sepanjang berada di dalam kawasan sekolah.

Objektif Program Mentor Mentee adalah untuk:

  • meningkatkan bilangan dan peratusan pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
  • supaya guru dapat mendekati dan mengenali pelajar dengan lebih mendalam
  • supaya guru dapat mengenalpasti masalah pelajar dam pembelajaran.
  • supaya guru dapat membimbing pelajar memperbaiki sahsiah dan meningkatkan prestasi akademiknya.
Tuan Pengetua menerima senarai mentee


Pelajar menyemak senarai mentor dan mentee di papan kenyataan Bilik Kaunseling

Tuan Pengetua menyampaikan hadiah kepada pelajar yang menyambut harijadi pada 18 Februari


Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah Dan Pengawas Pusat Sekolah SMK Bandar Penawar

Tarikh   : 25 Februari 2013 (Isnin)

Majlis Pelantikan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber diadakan secara rasmi bagi meningkatkan motivasi pelajar untuk menunaikan tanggungjawab dalam menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan efisien.

Objektif majlis ini dijalankan bagi:

  • meningkatkan disiplin dan ketrampilan diri seorang pemimpin yang dapat membantu rakan pelajar.
  • menjadi contoh dan tenaga penggerak kepada pelajar lain dalam menjalankan tugas yang diarahkan oleh guru
  • menggunakan bakat kepimpinan agar lebih yakin dalam menjalankan tugas
  • menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, cekap dan bersemangat.
Majlis ini dimulakan dengan upacara penurunan banner Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber oleh Tuan Pengetua. Diikuti dengan penyampaian watikah pelantikan dan seterusnya bacaan ikrar pengawas sekolah dan pengawas Pusat Sumber.

Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah

Wakil pengawas menerima watikah pelantikan

Ucapan daripada Tuan Pengetua

Bacaan ikrar pengawas perpustakaan yang diketuai oleh Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah

Bacaa ikrar pengawas yang diketuai oleh Ketua Pengawas Sekolah







Wednesday 20 February 2013

Senarai Kandungan Fail Panitia Mata Pelajaran

Makluman kepada semua Ketua Panitia, pastikan fail panitia dikemaskini berdasarkan senarai di bawah:

BIL NAMA FAIL KANDUNGAN FAIL
1. Fail Induk a. Surat Mensyuarat
b. Minit Mesyuarat Panitia
2. Sukatan Pelajaran a. Sukatan Pelajaran
b. Huraian Sukatan Pelajaran
c.Rancangan Pelajaran Tahunan
d. Senarai buku rujukan guru/murid
e. Plan Akademik Negeri Semasa
3.  Program Kecemerlangan a. Perancangan Program
b. Pelaksanaan dan Perancangan Program
4.  Pentaksiran dan Penilaian a. Analisis keputusan peperiksaan awam dan peringkat sekolah
b. Analisis pencapaian mata pelajaran dalam peperiksaan awam dan peringkat sekolah
c. Headcount
d. Postmortem/ Audit Akademik
5. Penyeliaan a. Jadual penyeliaan
b. Laporan penyeliaan P&P oleh pemerhati
c. Tindak ikut pencerapan
6 Pemeriksaan Buku Rampaian a. Jadual pemeriksaan buku rampaian
b. Laporan pemeriksaan buku rampaian/buku kerja/buku nota
7 Maklumat Guru Mata Pelajaran a. Maklumat peribadi guru
b. Jadual waktu mengajar guru
c. Carta organisasi panitia

* Fail kulit keras tidak perlu didaftarkan dan tiada nombor rujukan
* Muka depan fail keras dilabelkan : Nama Panitia dan Nama Fail

SEGAK 2013

Pelaksanaan aktiviti Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia ( SEGAK ) yang dijalankan bermula 18 Februari 2013 (Isnin) telah berjaya dijalankan yang melibatkan pelajar Tingkatan 1 sehingga 5. 

Program penilaian SEGAK ini telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Melalui program ini pelajar akan sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum. 

Pelajar-pelajar kan melalui beberapa ujian yang dimulakan dengan mengambil ukuran tinggi dan berat bagi menentukan Indeks Jisim Badan (BMI). Selepas penentuan BMI, pelajar-pelajar akna melalui ujian di bawah sebelum diberikan skor bagi setiap ujian yang dilakukan. Ujian yang dilakukan adalah:

  • Naik Turun Bangku (3 minit)
  • Tekan Tubi (3 minit)
  • Ringkuk Tubi Separa (1 minit)
  • Jangkauan Melunjur



Ujian Tekan Tubi


Ujian tekan Tubi
Ujian Jangkauan Melunjur

Projek Menaik Taraf Makmal Sukan SMK Bandar Penawar

Projek Menaik Taraf Makmal Sukan SMK Bandar Penawar telah dijayakan oleh Pn Nor Zaiha bt Hanipah selaku Ketua Panitia Sains Sukan dengan bantuan para pelajar. Proses penambahbaikan termasuklah mengecat semula Makmal Sukan, menambah peralatan baru, keceriaan serta mewujudkan ruangan Hasil Kerja Pelajar. Semoga dengan hasil usaha beliau serta bantuan semua pihak akan dapat memastikan Makmal Sukan dapat memberi manfaat kepada semua pihak.





Sunday 17 February 2013

Pelaksaan SEGAK 2013

Makluman kepada semua pelajar, program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia ( SEGAK ) akan dijalankan mengikut jadual di bawah:

18 Februari 2013 (Isnin)     - Semua pelajar Tingkatan 1
19 Februari 2013 (Selasa)  - Semua pelajar Tingkatan 2
20 Februari 2013 (Rabu)     - Semua pelajar Tingkatan 3
21 Februari 2013 (Khamis) - Semua pelajar Tingkatan 4
22 Februari 2013 (Jumaat)  - Semua pelajar Tingkatan 5

semua pelajar dikehendaki memakai pakaian sukan semasa melakukan aktiviti SEGAK.

Sunday 3 February 2013

Markah Kokurikulum 10%

Makluman kepada calon SPM 2012 :
Sila dapatkan Markah Kokurikulum 10% di laman web dibawah.

http://apps.moe.gov.my/emkoko/papar_mark.cfm

Kursus Kawad Kaki Guru-Guru Penasihat Badan Beruniform Daerah Kota Tinggi 2013

Bertempat di SMK Bandar Penawar, Kursus Kawad Kaki Guru-Guru Penasihat Badan Beruniform Daerah Kota Tinggi tahun 2013 telah diadakan pada 1 & 2 Februari 2013 (Jumaat & Sabtu). Kursus ini memberi pendedahan berkaitan Kawad Asas, Kawad Dinamik dan Kawad Formasi.