Asrama Penawar, SMK Bandar Penawar merupakan sebuah asrama harian. Lokasinya yang terletak 55 kilometer dari Pusat Bandar Kota Tinggi. Asrama Penawar mula dibuka dengan rasminya pada Jun 2002 mampu memuatkan 200 penghuni dalam suatu masa. Kategori pemilihan pelajar yang layak memasuki asrama Penawar termasukkan pelajar Kelas Rancangan Khas (KRK), pelajar-pelajar yang tinggal jauh di pedalaman dan pelajar-pelajar di bawah tajaan orang asli. Ia juga berada berhampiran tiga sekolah berasrama yang berhampiran iaitu Asrama Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail, Asrama SMK Bandar Penawar dan Asrama Penuh SM Sains Kota Tinggi.
Asrama Penawar mempunyai 2 bangunan iaitu Bangunan Aspura yang mempunyai 5 dorm untuk pelajar lelaki dan Bangunan Aspuri yang mempunyai 6 dorm untuk menempatkan pelajar perempuan. Sebuah Dewan Makan dan sebuah surau untuk kemudahan penghuni asrama solat berjemaah. Ia turut menempatkan 4 bilik belajar untuk kemudahan penghuni mengulangkaji pelajaran. 2 bilik untuk pelajar lelaki dan 2 bilik untuk pelajar perempuan. Kemudahan bilik rawatan untuk waktu kecemasan dan telefon siswa yang mencukupi untuk pelajar lelaki dan perempuan.
Kapasiti asrama adalah 100 orang pelajar lelaki dan 116 orang pelajar perempuan. Bagi tahun 2014 bilangan pelajar yang menghuni asrama adalah 88 orang pelajar lelaki dan 112 orang pelajar perempuan.