Lencana Sekolah


Ukuran garis pusat bulatan lencana sekolah ialah 4.5cm. Penjelasan tentang lencana sekolah adalah seperti berikut:

Bulatan melambangkan kesempurnaan. Sekolah berhasrat mencapai kesempurnaan dalam semua aspek. Tiga anak panah menuju               ke aras melambangkan sekolah berhasrat untuk terus maju dari semasa ke semasa terutama dalam bidang disiplin, ilmu dan amal. buku terbuka dan mata pena melambangkan sekolah ini sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan pendidikan dan menjadikan sekolah ini sumber ilmu.

Warna biru melambangkan keselamtan, kesejahteraan dan keharmonian. Warna hijau melambangkan sihat, segar, dan berwawasan. Warna merah melambangkan perjuangan, kegigihan dan ketabahan. Warna kuning pula melambangkan kejayaan.

Tulisan "SMK BANDAR PENAWAR" melambangkan sekolah ini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar. Tulisan "Disiplin Ilmu Amal" pula melambangkan cogankata sekolah.