Sunday 14 July 2013

Pelancaran Program Ihya' Ramadhan

Masa  : 11 Julai 2013 (Khamis)

Program Ihya' Ramadhan dilaksanakan agar dapat mendedahkan pelajar kepada aktiviti-aktiviti yang bermanfaat disepanjang bulan Ramadhan. Sememangnya dalam bulan Ramadhan Al Mubarak ini, umat Islam digalakkan untuk melakukan pelbagai amalan mulia untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan terhadap Allah S.W.T

Program ini bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang mengamalkan ibadah puasa dengan sempurna. Selain itu, program ini juga bermatlamat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah dan mendidik pelajar supaya menghormati bulan Ramadhan.

Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan adalah:

  • Al- Iza'ah- memasang CD Al-Quran pada waktu pagi iaitu 10 minit sebelum waktu perhimpunan.
  • Waktu perhimpunan
  • Tazkirah Ramadhan
  • Pertandingan kuiz dan buku skrap
  • Majlis khatam Al-Quran
  • Majlis berbuka puasa
  • Penyampaian sumbangan anak yatim dan miskin
  • Tadarus Al-Quran pelajar asrama
  • Solat Sunat Tarawih
  • Qiamullail
  • Solat Hajat
  • Buletin Makdis
  • Solat Sunat Dhuha



Pelancaran Program Ihya Ramadhan

Ust Faizol memberikan tazkirah sempena Ramadhan

Pelajar mendengar tazkirah Ramadhan